Thursday, February 9, 2012

Ayuh Sang Gelojoh

mana cukup..
tambah lagi...
kasi lingkup..
baru lari..

mana aci..
belum habis..
tak nak cuci..
kasi hakis..

apa janji..
mana ada..
bagi gaji..
baru kerja..

mulut penuh..
perut boroi..
ayuh gelojoh..
kita enjoy..

ayuh sang gelojoh
menara sri cengal
10 februari 2012

Sunday, November 13, 2011

Hari ini 13 November

hari ini 13 november
hari ahad hari berehat
tapi aku masih di pejabat
menunggu teduh hujan lebat
biar lambat asal selamat

hari ini 13 november
lagi 13 hari masuk gaji
pagi tadi makan maggi
minum sekadar secawan kopi
malam nanti tak tahu lagi

hari ini 13 november
ku harap tuhan panjangkan usia
kutahu dosaku tidak terkira
begitu berat tak setara pahala
malamku taubat siangku lupa

khilaf sang khalifah
mohon keampunanmu ya Allah

Sri Pentas
13 November 2011
1610

Wednesday, November 9, 2011

salam mr politician

salam mr politician
bukan nak mintak kesian
hanya sekadar teguran
sudah sudah lah berangan

salam mr politician
maaf kuhulurkan tangan
bukan nak mintak sumbangan
cuba reda ketegangan

salam mr politician
sudah sudahlah bercakaran
rakyat terima tekanan
kami cuma nak cukup makan

salam mr politician
orang lain dah ke depan
kita kayuh pelan pelan
pasal asyik telan telan

salam mr politician
doa kami panjatkan
mohon jangan disesatkan
aqidah pelapis masa hadapan

salam mr politician
tuju jalan kebenaran
runtuh tembok kebatilan
pegun nawaitu keimanan

salam mr politician
amanah di bahu kalian
moga jalan lurus jadi tujuan
kami iringi doa panduan

amin

nazimchee beri peringatan

fenomena ustaz

assalamualaikum tetamuku
mari kita kongsi tentang ilmu
kita bicara tajuk baru
bincang ilmu dari tok guru

generasi makin buka mata
kenali mu'alim kenali agama
ustaz,ulama jadi idola
kini sudah cipta fenomena

ustaz kazim, ustaz don dan ustaz azhar idrus
jadi rujukan ke jalan yang lurus
moga dunia akhirat mampu diurus
menuju abadi syurga firdaus

Amin

Friday, September 30, 2011

bila malam menyapa

dikit demi dikit
siang pergi malam menghimpit.
camar pulang hilang bingit
resah pak tani hidup terhimpit
rezeki sekadar beras sekampit
dikongsi bersama kawanan sang pipit

lalu terus lalu
siang beredar malam bertalu
unggas membisu pulang beradu
pilu nelayan memburu waktu
gundah gulana tidak menentu
menunggu siang yang lagi satu

tertanya aku mengapa kenapa
siang beransur malam menyapa
ketentuan Ilahi usah diduga
ada cahaya sebalik gelita
ada suka di balik nestapa
ada hikmah sebalik derita

*nazimchee bermonolog

Sunday, September 25, 2011

dah lama dah...

Dah lama dah tak update blog ni...
sibuk tugas khalifah di muka bumi...
cari rezeki malam ke pagi...
untuk bakal anak dan bini...

Dah lama dah takde orang tengok blog ni...
nampak sangat takde yang sudi...
tak pun pasal takde promosi...
al-maklumlah blog syok sendiri...

Dah lama dah nak berkarya...
mana tau boleh jadi kaya...
bolehlah buat mak bapak bahagia..
Selagi bernyawa buatlah yang terdaya..

Dah lama dah jadi sang pemimpi...
kelilingi dunia yang tak bertepi...
mengejar sinar sang pelangi...
mencari cinta yang abadi...

Dah lama dah kita bermadah..
mencari salah tak sudah sudah...
tiba masa kita berubah..
jadi hamba yang turut perintah

Dah lama dah saya berbicara..
tiba masa pergi bekerja..
untuk secangkir air seteguk rasa..
penamat bicara tentang kita...

Sunday, July 10, 2011

reformasi vs transformasi

Satu laung Reformasi
Satu lagi Transformasi
Perang di kedai kopi
Rakyat sama sendiri

Harapan Baru Untuk Malaysia
Mahu Lawan 1Malaysia
Jangan rakyat jadi mangsa
Demi politik punya agenda

Baju kuning tempur si Baju merah
Rakyat pula bermandi darah
Ada yang pengsan ada yang parah
Tiada menang tiada kalah

Reformasi lawan Transformasi
Umat kita juga yang rugi
Elok bersatu daripada begini
Ayuh.... ada berani????