Assalamualaikum
Tok Ketua rasa bingung
Tempoh junjung hampiri penghujung
Jika dulu diri disanjung
Kini jatuh bagai tersadung
Tok Ketua sakit meraung raung
Namun tiada ingin menolong
Barulah Tok Ketua sedar ramai yang bohong
Segala taat setia isinya kosong
Hati luka rasa dipotong
Tok Ketua sudah dipandang serong.
Tok Ketua setia orangnya.
Kuat latar agamanya.
Dek kerana itu dipilih ganti yang lama.
Di depannya segeluk kopi panas.
Ketika mahu dituangkan dulu Tok Ketua kata jangan dulu.
Nanti dulu belum waktu.
Tiba masanya baru Tok Ketua mahu.
Pesan Tok Ketua Lama inilah kopi bermutu.
Cukup aroma cukup rasa.
Usah ditambah usah dikurang ramuannya.
Kekalkan ia seperti sediakala.
Tok Ketua ikrar turut perintah.
Sekali hirup baru Tok Ketua rasa.
Inilah rasa kopi sebenar.
Nikmatnya tidak pernah terduga.
Mulalah Tok Ketua rasa bahagia.
Sudah miliki apa dicita.
Banggalah dia tidak terkira.
Lama lama Tok Ketua rasa.
Tiba masa nikmat dikongsi bersama.
Maka dipanggil sang pencinta, anak menantu dan sanak saudara.
Minta teguk kopi Tok Ketua.
Siapa tak rasa ternganga nganga.
Dikalangan itu ada yang kata.
Kopi ini ada kurangnya.
Biarlah dirinya bantu Tok Ketua.
Agar kopi ditukar formula.
Ditambah dikurang apa yang ada.
Baru semua orang suka.
Sayangnya Tok Ketua setuju melulu.
Maka lupa janji yang lalu.
Tok Ketua rasa betul si anak menantu.
Mari kita tukar yang baru.
Ini masanya semua kan tahu.
Kopi ini kini milikku.
Dalam gembira Tok Ketua lupa.
Gerak lakunya sering dinilai.
Maka ada yang mulai curiga.
Tok Ketua lama turut kecewa.
Kopi asalnya dah hilang rasa.
Sudah diminta kembalikan semula.
Tapi Tok Ketua mengangguk saja.
Dalam hati itu tak bisa.
Malang Tok Ketua segalanya binasa.
Kopi hilang warna bau dan rasa.
Apa lagi Tok Ketua gubra.
Namun sahabat kata tak mengapa.
Sahabat handai setia belaka.
Biar kami uruskan semua.
Tok Ketua sabar tunggu berita.
Tok Ketua lama hilang sabar.
Tok Ketua tak faham bahasa.
Lantas perang besar dilancar.
Kerana kopi fitnah melata.
Hilang rakan hilang saudara.
Tok Ketua lama kembali berkuasa.
Tingkah laku dan kata kata.
Mahu kopi kembali sedia kala.
Mesti dengan kadar segera.
Lama lama Tok Ketua redha.
Masanya kini sudah tiba.
Maka dipanggil bincang semua.
Untuk serah semua kuasa.
Agar kopi kembali rasa.
Biar semua rasa gembira.
Walau hati penuh kecewa.
Tok Ketua ingin kopi dirasa.
Kalau boleh biarlah lama.
Malang Tok Ketua gagal dicita.
Masa suntuk Tok Ketua sedar.
Siapa rakan siapa saudara.
Cangkirnya tinggal seteguk rasa.
Selepas ini rindulah dia.
Akan segala nikmat kopi dirasa.
Sayang Tok Ketua tak kekal lama.
-Ilham nazimcafe-
29 Oktober 2010
1000 am
*betul betul ho liow.... mai secawan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment