
Assalamualaikum...
Agak lama tidak dikemaskini blog ini. Bukan sudah bosan tapi kesibukan tugas sedikit sebanyak mengalih tumpuan untuk berbicara lanjut tentang kita. Sekarang Baru ada kesempatan. Alhmdulillah... syukur.
Alhamdulillah akhirnya sempurna 1 Ramadhan. Lapar dahaga mampu ditahan. Mulut mengunci nista dan umpatan. Telinga dipekakkan daripada mendengar tohmahan dan kejian. Mata dihijab dari maksiat dan kejelikkan. Nilai puasa biar Allah tentukan. Alhamdulllah.. syukur.
10 Ramadan di tempat orang. Rasa rindu berbuka dan sahur bersama keluarga tetap ada. Ingat lagi sewaktu mula belajar puasa. Letih bukan kepalang. Perut bergendang pelbagai rentak. Tak larat sekerat hari pun jadilah kata mak. Alhamdulillah... syukur.
10 Ramadan di tempat orang. Masakan ibu paling dirindu. biar tidak semewah mana. Tapi cukup untuk semua. Selesai makan terasa syukurnya. Baru sedar nikmat berkeluarga. Alhamdullah... syukur.
10 Ramadan di tempat orang. Tak terbanding tempat sendiri. Serba serbi kena beli. Nak lebih belanja pun lebih. Kadang kadang melebih lebih. Tengah bulan gigit jari. Nasib baik ada masjid. Dapat makan free. Alhamdulillah... syukur.
10 Ramadan di tempat orang. Zaman belajar paling dirindu. Tidur sampai tak bangun sahur. Nak pergi kelas pun rasa tak mahu. Waktu berbuka masjid diserbu. Maklumlah makan minum ada di situ. Alhamdulillah... syukur.
10 Ramadan di tempat orang. Terasa diri kurang bersyukur. Bertuahnya kita di bumi Malaysia.
Menghayati puasa penuh nikmat. Makanan ada sana sini. Dari tepi jalan ke hotel -hotel. Dari buffet ke ala carte. Dari resepi timur ke citarasa barat. Alhamdulillah... syukur.
10 Ramadan di tempat orang. Esok masuk hari kedua. Moga Allah kekalkan iman. Binakan kekuatan. Jauhkan kejahilan. Hilangkan kekusutan. Tambahkan kekhusyukkan. Mudahkan jalan. Lupakan kebencian. Suburkan ketakwaan. Kerna peluang bertemu Ramadan satu hikmah... Alhamdulillah syukur.
wassalam
nazimcafe