Tuesday, October 28, 2008

Kopi Tok Ketua

Assalamualaikum

Tok Ketua rasa bingung
Tempoh junjung hampiri penghujung
Jika dulu diri disanjung
Kini jatuh bagai tersadung
Tok Ketua sakit meraung raung
Namun tiada ingin menolong
Barulah Tok Ketua sedar ramai yang bohong
Segala taat setia isinya kosong
Hati luka rasa dipotong
Tok Ketua sudah dipandang serong.

Tok Ketua setia orangnya.
Kuat latar agamanya.
Dek kerana itu dipilih ganti yang lama.
Di depannya segeluk kopi panas.
Ketika mahu dituangkan dulu Tok Ketua kata jangan dulu.
Nanti dulu belum waktu.

Tiba masanya baru Tok Ketua mahu.
Pesan Tok Ketua Lama inilah kopi bermutu.
Cukup aroma cukup rasa.
Usah ditambah usah dikurang ramuannya.
Kekalkan ia seperti sediakala.
Tok Ketua ikrar turut perintah.

Sekali hirup baru Tok Ketua rasa.
Inilah rasa kopi sebenar.
Nikmatnya tidak pernah terduga.
Mulalah Tok Ketua rasa bahagia.
Sudah miliki apa dicita.
Banggalah dia tidak terkira.

Lama lama Tok Ketua rasa.
Tiba masa nikmat dikongsi bersama.
Maka dipanggil sang pencinta, anak menantu dan sanak saudara.
Minta teguk kopi Tok Ketua.
Siapa tak rasa ternganga nganga.

Dikalangan itu ada yang kata.
Kopi ini ada kurangnya.
Biarlah dirinya bantu Tok Ketua.
Agar kopi ditukar formula.
Ditambah dikurang apa yang ada.
Baru semua orang suka.

Sayangnya Tok Ketua setuju melulu.
Maka lupa janji yang lalu.
Tok Ketua rasa betul si anak menantu.
Mari kita tukar yang baru.
Ini masanya semua kan tahu.
Kopi ini kini milikku.

Dalam gembira Tok Ketua lupa.
Gerak lakunya sering dinilai.
Maka ada yang mulai curiga.
Tok Ketua lama turut kecewa.
Kopi asalnya dah hilang rasa.
Sudah diminta kembalikan semula.
Tapi Tok Ketua mengangguk saja.
Dalam hati itu tak bisa.

Malang Tok Ketua segalanya binasa.
Kopi hilang warna bau dan rasa.
Apa lagi Tok Ketua gubra.
Namun sahabat kata tak mengapa.
Sahabat handai setia belaka.
Biar kami uruskan semua.
Tok Ketua sabar tunggu berita.

Tok Ketua lama hilang sabar.
Tok Ketua tak faham bahasa.
Lantas perang besar dilancar.
Kerana kopi fitnah melata.
Hilang rakan hilang saudara.
Tok Ketua lama kembali berkuasa.
Tingkah laku dan kata kata.
Mahu kopi kembali sedia kala.
Mesti dengan kadar segera.

Lama lama Tok Ketua redha.
Masanya kini sudah tiba.
Maka dipanggil bincang semua.
Untuk serah semua kuasa.
Agar kopi kembali rasa.
Biar semua rasa gembira.
Walau hati penuh kecewa.
Tok Ketua ingin kopi dirasa.
Kalau boleh biarlah lama.
Malang Tok Ketua gagal dicita.

Masa suntuk Tok Ketua sedar.
Siapa rakan siapa saudara.
Cangkirnya tinggal seteguk rasa.
Selepas ini rindulah dia.
Akan segala nikmat kopi dirasa.
Sayang Tok Ketua tak kekal lama.

-Ilham nazimcafe-
29 Oktober 2010
1000 am
*betul betul ho liow.... mai secawan

Monday, October 20, 2008

Live Parlimen

Assalamualaikum

Berminat mengikuti Perbahasan Parlimen.

Siaran Langsung Dari Jam 1030 pagi hingga 600 petang.

Sila Klik di sini.

http://mppas.blogspot.com/

-nazimchee-

Sunday, October 19, 2008

Terima Kasih

Assalamualaikum

Dari buka mata hingga lena
Kita sering lupa
Setiap denyut nyawa
Setiap hela udara
Setiap kerdipan mata
Setiap patah kata
Kurniaan daripadaNya
Terima Kasih Yang Maha Esa.

Dari buka mata hingga lena
Kita sering lupa
Adanya keluarga dimata
Adanya sahabat setia
Ada teman sudi bicara
Ada jiwa sama rasa
Sudi kongsi segala
Terima Kasih semua.

Dari buka mata hingga lena
Kita sering lupa
Ada masa gembira
Ada masa derita
Ada masa di singgahsana
Ada masa merana
Hidup ibarat roda
Terima Kasih dunia.

Dari buka mata hingga lena
Kita sering lupa
Masa tak setia
Masa tak tunggu kita
Masa tak kenal siapa
Masa pasti tiba
Kita tinggalkan dunia
Terima Kasih alam yang fana

-nazimcafe-
bicarajiwa 20 Syawal 1429
820 am

Ali Setan


Assalamualaikum


Masihkah ingat lagi dengan Azmil Mustapha aka Ali Setan? Lama tak dengar berita kan?


Beliau kini telah jauh berubah. Dari pelakon kepada usahawan sekarang ini jadi pendakwah.


Bukan sembarangan, beliau juga kini sudah menjai pengkaji agama an menulis buku berunsur Islam.


Klip ceramah beliau saya linkkan di sini untuk kita kongsikan bersama.




Selamat menonton, menilai dan mentafsir.


-nazimcafe-

*orang yang jahat hari ini jangan kita benci selamanya... hidayah Allah boleh ubah dirinya mungkin lebih baik daripada kita.


Wednesday, October 15, 2008

Lawak Antarabangsa


Namaste Malaysia

JASIN: MIC negeri meminta semua pihak tidak mempertikaikan penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kepada aktor Bollywood, Shah Rukh Khan kerana ia usaha kerajaan negeri menarik pelabur dan pelancong ke negeri ini.

Pengerusinya, Datuk R Raghavan, berkata pelakon popular itu dilihat sebagai salah seorang pelabur berjaya dengan nilai pelaburan berbilion ringgit di beberapa negara, khususnya sekitar India. Katanya, langkah itu dijangka memberi kebaikan kepada ekonomi negeri ini, sekali gus dapat meningkatkan taraf hidup rakyat keseluruhannya.

“Penganugerahan itu bertujuan memperkenalkan Melaka khususnya kepada penduduk di India, apatah lagi Shah Rukh seorang artis terkenal berpengaruh di negara terbabit.

sumber:
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=35911

Hahaha... oops terlebih sudah...

Mari kita bicara isu ini.

Setuju atau tidak bagi saya ini berita paling lucu sepanjang 51 tahun merdeka.

Saya kira Nabil pun tidak pernah terfikir lawak sedemikian.

Malah kalau cicak di siling pun oleh jatuh ke lantai kerana pegang perut menahan gelak.

Okay back to serious discussion.

Dalam banyak banyak seniman tanahair King of Bollywood yang dapat gelaran Datuk. Saya rasa SRK sendiri terpinga pinga. How come? my kids still underage (barangkali SRK refer kamus cari perkataan datuk).

Saya kira penangan SRK di Malaysia memang hebat. Dari rakyat biasa hingga ke pemimpin meminati si Rahul ini. Tun Mahathir pun minat. Anwar Ibrahim pun sama. Tapi Khalil Yaakub dan Daim minatnya lebih sikit barangkali.

Kurnia darjah kebesaran kepada SRK kurang munasabah. Jika menarik pelabur dijadikn alasan. Pasti ramai lagi yang lebih layak.

Jika tindakan SRK melakukan penggambaran di Malaysia alasannya. Jackie Chan terlebih dahulu melakukannya. Termasuk mempromosi Monsoon Cup di Terengganu.

Bagaimana dengan Chow Yunn Fatt dan Jodie Foster menerusi Anna an the King. Begitu juga Sir Sean Connery dan Cathrine Zeta Jones yang mempromosi Malaysia dalam Entrapment. Bagaimana pula penerbit National Geographic, Survivor dan The Amazing Race Asia.


Sir Alex Furgeson, David Beckham, Michael Schumacher juga berjaya menarik tumpuan ke Malaysia.

Ya mustahil untuk memenuhi tuntutan itu. Tapi saya simpati penggiat seni tempatan tak kira apa bangsanya. Layanlah seadil mungkin. Janganlah murahkan sangat nilai darjah kebesaran tu. Dan paling menyinggungkan mengapa perlu ada sesi khas buat SRK.
Persatuan Seniman nyata terkilan. Bukan salah SRK peminatnya di mana mana. Memang aktor ini bisa mencetus "mania" sampaikan peminat sanggup berhabis buat si hero pujaan.
Bicaralah bersama.
-nazimcafe-
*teringat penyanyi Jepun Sandy Suzuki yang pernah melahirkan album Melayu satu ketika dulu.



Tuesday, October 7, 2008

Tujuh


Assalamulaikum


Pejam celik pejam celik wah sudah penghujung raya ke 7.

Sebut pasal 7 - ini angka yang saya minati. Saya percaya ramai juga begitu.


Saya sendiri dilahirkan pada 17 April 1980. 7 tahun berikutnya usia cecah tujuh tahun - alam persekolahan (darjah satu) bermula.

Diusia 17 tahun zaman sekolah berakhir pada tahun 2007 (SPM).

Sedar atau tidak angka 7 ini berkait banyak perkara. Anak Rasulullah misalnya ada 7 kesemuanya. 7 hari dalam seminggu.

Kita biasa dengar tentng 7 petala langit 7 petala bumi, langit ke-7, malam 7 likur.

Jersi nombor 7 turut jadi pilihan eberapa bintang bolasepak seperti David Beckham, Cristiano Ronaldo Eric Cantona dan Theo Walcott.

7 turut dijadikan jenama produk dan syarikat seperti Line 7, 7 Eleven, 7 up, mild 7 dan ntv 7.

Bahkan jalur gemilang punya 7 jalur merah dan 7 jalur putih.

Mungin ada banyak lagi berkaitan angka 7 ini yang boleh dikongsi bersama.

Setakat ini buat malam ini.

Selamat malam

-nazimchee-