Thursday, June 18, 2009

kopi o kawww... I'm back

Assalamualaikum..

Dari laptop usang...
aku karang...
secangkir bicara...
tentang kita...

sudah hampir satu sanat selepas nukilan terakhir di cafe ini..
bukan kontang otak kiri cuma tercari sesuatu untuk dikongsi.

aku kini di kampung halaman.. esok kembali ke kuala lumpur.

bercuti nyata indah.. aku bebas dari hingar bingar dan jerebu kota yang melemaskan.

11 tahun di kota orang tanpa keluarga di sisi aku tetap aku.

umpama ikan di lautan semasin mana air isinya tetap tawar.

rambut tetap hitam cuma garis putih mula terlihat.

pedulikan.. sekurangnya sedar diri makin dewasa..

ada kelapangan akan kita kongsi bicara..

tentang cemburu tentang iri..

namun konteksnya positif..

untuk perbaiki jiwa, iman dan diri..

No comments: