Assalamualaikum
Tok Ketua rasa bingung
Tempoh junjung hampiri penghujung
Jika dulu diri disanjung
Kini jatuh bagai tersadung
Tok Ketua sakit meraung raung
Namun tiada ingin menolong
Barulah Tok Ketua sedar ramai yang bohong
Segala taat setia isinya kosong
Hati luka rasa dipotong
Tok Ketua sudah dipandang serong.
Tok Ketua setia orangnya.
Kuat latar agamanya.
Dek kerana itu dipilih ganti yang lama.
Di depannya segeluk kopi panas.
Ketika mahu dituangkan dulu Tok Ketua kata jangan dulu.
Nanti dulu belum waktu.
Tiba masanya baru Tok Ketua mahu.
Pesan Tok Ketua Lama inilah kopi bermutu.
Cukup aroma cukup rasa.
Usah ditambah usah dikurang ramuannya.
Kekalkan ia seperti sediakala.
Tok Ketua ikrar turut perintah.
Sekali hirup baru Tok Ketua rasa.
Inilah rasa kopi sebenar.
Nikmatnya tidak pernah terduga.
Mulalah Tok Ketua rasa bahagia.
Sudah miliki apa dicita.
Banggalah dia tidak terkira.
Lama lama Tok Ketua rasa.
Tiba masa nikmat dikongsi bersama.
Maka dipanggil sang pencinta, anak menantu dan sanak saudara.
Minta teguk kopi Tok Ketua.
Siapa tak rasa ternganga nganga.
Dikalangan itu ada yang kata.
Kopi ini ada kurangnya.
Biarlah dirinya bantu Tok Ketua.
Agar kopi ditukar formula.
Ditambah dikurang apa yang ada.
Baru semua orang suka.
Sayangnya Tok Ketua setuju melulu.
Maka lupa janji yang lalu.
Tok Ketua rasa betul si anak menantu.
Mari kita tukar yang baru.
Ini masanya semua kan tahu.
Kopi ini kini milikku.
Dalam gembira Tok Ketua lupa.
Gerak lakunya sering dinilai.
Maka ada yang mulai curiga.
Tok Ketua lama turut kecewa.
Kopi asalnya dah hilang rasa.
Sudah diminta kembalikan semula.
Tapi Tok Ketua mengangguk saja.
Dalam hati itu tak bisa.
Malang Tok Ketua segalanya binasa.
Kopi hilang warna bau dan rasa.
Apa lagi Tok Ketua gubra.
Namun sahabat kata tak mengapa.
Sahabat handai setia belaka.
Biar kami uruskan semua.
Tok Ketua sabar tunggu berita.
Tok Ketua lama hilang sabar.
Tok Ketua tak faham bahasa.
Lantas perang besar dilancar.
Kerana kopi fitnah melata.
Hilang rakan hilang saudara.
Tok Ketua lama kembali berkuasa.
Tingkah laku dan kata kata.
Mahu kopi kembali sedia kala.
Mesti dengan kadar segera.
Lama lama Tok Ketua redha.
Masanya kini sudah tiba.
Maka dipanggil bincang semua.
Untuk serah semua kuasa.
Agar kopi kembali rasa.
Biar semua rasa gembira.
Walau hati penuh kecewa.
Tok Ketua ingin kopi dirasa.
Kalau boleh biarlah lama.
Malang Tok Ketua gagal dicita.
Masa suntuk Tok Ketua sedar.
Siapa rakan siapa saudara.
Cangkirnya tinggal seteguk rasa.
Selepas ini rindulah dia.
Akan segala nikmat kopi dirasa.
Sayang Tok Ketua tak kekal lama.
-Ilham nazimcafe-
29 Oktober 2010
1000 am
*betul betul ho liow.... mai secawan
Tuesday, October 28, 2008
Monday, October 20, 2008
Live Parlimen
Assalamualaikum
Berminat mengikuti Perbahasan Parlimen.
Siaran Langsung Dari Jam 1030 pagi hingga 600 petang.
Sila Klik di sini.
http://mppas.blogspot.com/
-nazimchee-
Berminat mengikuti Perbahasan Parlimen.
Siaran Langsung Dari Jam 1030 pagi hingga 600 petang.
Sila Klik di sini.
http://mppas.blogspot.com/
-nazimchee-
Sunday, October 19, 2008
Terima Kasih
Assalamualaikum
Dari buka mata hingga lena
Kita sering lupa
Setiap denyut nyawa
Setiap hela udara
Setiap kerdipan mata
Setiap patah kata
Kurniaan daripadaNya
Terima Kasih Yang Maha Esa.
Dari buka mata hingga lena
Kita sering lupa
Adanya keluarga dimata
Adanya sahabat setia
Ada teman sudi bicara
Ada jiwa sama rasa
Sudi kongsi segala
Terima Kasih semua.
Dari buka mata hingga lena
Kita sering lupa
Ada masa gembira
Ada masa derita
Ada masa di singgahsana
Ada masa merana
Hidup ibarat roda
Terima Kasih dunia.
Dari buka mata hingga lena
Kita sering lupa
Masa tak setia
Masa tak tunggu kita
Masa tak kenal siapa
Masa pasti tiba
Kita tinggalkan dunia
Terima Kasih alam yang fana
-nazimcafe-
bicarajiwa 20 Syawal 1429
820 am
Dari buka mata hingga lena
Kita sering lupa
Setiap denyut nyawa
Setiap hela udara
Setiap kerdipan mata
Setiap patah kata
Kurniaan daripadaNya
Terima Kasih Yang Maha Esa.
Dari buka mata hingga lena
Kita sering lupa
Adanya keluarga dimata
Adanya sahabat setia
Ada teman sudi bicara
Ada jiwa sama rasa
Sudi kongsi segala
Terima Kasih semua.
Dari buka mata hingga lena
Kita sering lupa
Ada masa gembira
Ada masa derita
Ada masa di singgahsana
Ada masa merana
Hidup ibarat roda
Terima Kasih dunia.
Dari buka mata hingga lena
Kita sering lupa
Masa tak setia
Masa tak tunggu kita
Masa tak kenal siapa
Masa pasti tiba
Kita tinggalkan dunia
Terima Kasih alam yang fana
-nazimcafe-
bicarajiwa 20 Syawal 1429
820 am
Ali Setan

Assalamualaikum
Masihkah ingat lagi dengan Azmil Mustapha aka Ali Setan? Lama tak dengar berita kan?
Beliau kini telah jauh berubah. Dari pelakon kepada usahawan sekarang ini jadi pendakwah.
Bukan sembarangan, beliau juga kini sudah menjai pengkaji agama an menulis buku berunsur Islam.
Klip ceramah beliau saya linkkan di sini untuk kita kongsikan bersama.
Selamat menonton, menilai dan mentafsir.
-nazimcafe-
*orang yang jahat hari ini jangan kita benci selamanya... hidayah Allah boleh ubah dirinya mungkin lebih baik daripada kita.
Wednesday, October 15, 2008
Lawak Antarabangsa

Namaste Malaysia
JASIN: MIC negeri meminta semua pihak tidak mempertikaikan penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kepada aktor Bollywood, Shah Rukh Khan kerana ia usaha kerajaan negeri menarik pelabur dan pelancong ke negeri ini.
Pengerusinya, Datuk R Raghavan, berkata pelakon popular itu dilihat sebagai salah seorang pelabur berjaya dengan nilai pelaburan berbilion ringgit di beberapa negara, khususnya sekitar India. Katanya, langkah itu dijangka memberi kebaikan kepada ekonomi negeri ini, sekali gus dapat meningkatkan taraf hidup rakyat keseluruhannya.
“Penganugerahan itu bertujuan memperkenalkan Melaka khususnya kepada penduduk di India, apatah lagi Shah Rukh seorang artis terkenal berpengaruh di negara terbabit.
sumber:
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=35911
Hahaha... oops terlebih sudah...
Mari kita bicara isu ini.
Setuju atau tidak bagi saya ini berita paling lucu sepanjang 51 tahun merdeka.
Saya kira Nabil pun tidak pernah terfikir lawak sedemikian.
Malah kalau cicak di siling pun oleh jatuh ke lantai kerana pegang perut menahan gelak.
Okay back to serious discussion.
Dalam banyak banyak seniman tanahair King of Bollywood yang dapat gelaran Datuk. Saya rasa SRK sendiri terpinga pinga. How come? my kids still underage (barangkali SRK refer kamus cari perkataan datuk).
Saya kira penangan SRK di Malaysia memang hebat. Dari rakyat biasa hingga ke pemimpin meminati si Rahul ini. Tun Mahathir pun minat. Anwar Ibrahim pun sama. Tapi Khalil Yaakub dan Daim minatnya lebih sikit barangkali.
Kurnia darjah kebesaran kepada SRK kurang munasabah. Jika menarik pelabur dijadikn alasan. Pasti ramai lagi yang lebih layak.
Jika tindakan SRK melakukan penggambaran di Malaysia alasannya. Jackie Chan terlebih dahulu melakukannya. Termasuk mempromosi Monsoon Cup di Terengganu.
Bagaimana dengan Chow Yunn Fatt dan Jodie Foster menerusi Anna an the King. Begitu juga Sir Sean Connery dan Cathrine Zeta Jones yang mempromosi Malaysia dalam Entrapment. Bagaimana pula penerbit National Geographic, Survivor dan The Amazing Race Asia.

Sir Alex Furgeson, David Beckham, Michael Schumacher juga berjaya menarik tumpuan ke Malaysia.
Ya mustahil untuk memenuhi tuntutan itu. Tapi saya simpati penggiat seni tempatan tak kira apa bangsanya. Layanlah seadil mungkin. Janganlah murahkan sangat nilai darjah kebesaran tu. Dan paling menyinggungkan mengapa perlu ada sesi khas buat SRK.
Persatuan Seniman nyata terkilan. Bukan salah SRK peminatnya di mana mana. Memang aktor ini bisa mencetus "mania" sampaikan peminat sanggup berhabis buat si hero pujaan.
Bicaralah bersama.
Bicaralah bersama.
-nazimcafe-
*teringat penyanyi Jepun Sandy Suzuki yang pernah melahirkan album Melayu satu ketika dulu.
*teringat penyanyi Jepun Sandy Suzuki yang pernah melahirkan album Melayu satu ketika dulu.
Tuesday, October 7, 2008
Tujuh

Assalamulaikum
Pejam celik pejam celik wah sudah penghujung raya ke 7.
Sebut pasal 7 - ini angka yang saya minati. Saya percaya ramai juga begitu.
Saya sendiri dilahirkan pada 17 April 1980. 7 tahun berikutnya usia cecah tujuh tahun - alam persekolahan (darjah satu) bermula.
Diusia 17 tahun zaman sekolah berakhir pada tahun 2007 (SPM).
Sedar atau tidak angka 7 ini berkait banyak perkara. Anak Rasulullah misalnya ada 7 kesemuanya. 7 hari dalam seminggu.
Kita biasa dengar tentng 7 petala langit 7 petala bumi, langit ke-7, malam 7 likur.
Jersi nombor 7 turut jadi pilihan eberapa bintang bolasepak seperti David Beckham, Cristiano Ronaldo Eric Cantona dan Theo Walcott.
7 turut dijadikan jenama produk dan syarikat seperti Line 7, 7 Eleven, 7 up, mild 7 dan ntv 7.
Bahkan jalur gemilang punya 7 jalur merah dan 7 jalur putih.
Mungin ada banyak lagi berkaitan angka 7 ini yang boleh dikongsi bersama.
Setakat ini buat malam ini.
Selamat malam
-nazimchee-
Monday, September 29, 2008
Syawal datang lagi

Assalamualaikum
Sudah 28 tahun menghirup udara percuma ini. Alhamdulillah nikmat yang tidak terbayar.
Sudah 28 tahun mengharungi Ramadan. Wallahua'lam nilainya di sisi Allah.
Dan kini Syawal tiba lagi.. Aidilfitri 1429 Hijriah.
Kepadamu Allah ampunkan dosa dosaku.
Buat keluarga, saudara handai taulan moga kesalahan dapat dimaafkan.
Semoga Ramadan ini bukan yang terakhir dan semoga Syawal mendaang juga bukan yang terakhir.
InsyaAllah
_nazimchee-

Bicara Tentang Hati

Assalamualaikum...
Hadis Rasulullah SAW - Dalam setiap diri manusia ada seketul daging... Elok daging itu maka eloklah manusia itu. Jika rosak daging itu maka rosak jualah insan itu.. Daging itu ialah hati.
Hati satu kurniaan Allah taala yang sukar ditafsir dan dimaksudkan. Terbiasa kita menyebut hati sebagai heart. Tapi istilah biologi / Inggeris heart juga bermaksud jantung sementara hati disebut liver. Begitu susahnya memahami hati.
Dalam dunia Melayu hati begitu sinonim. Banyak perkara kita kaitkan dengan hati. Malam ini mari kita bicara tentang hati.
Gembiranya kita disebut suka hati.. Andai kecewa kita patah hati.. Marahnya kita disebut sakit hati.. Andai terasa kita kecil hati.
Terpukau pada si dia dipanggil jatuh hati.. Siapa orangnya si buah hati.. nak ambil hati... buat si dia geli hati.. tapi andai sudah tawar hati. Jangan sampai makan hati.
Cemburukan orang itu iri hati... tapi perlu berhati hati .. jangan ikutkan hati nanti mati.
Begitulah dekatnya hati dalam jiwa Melayu... Lantaran itu wujud stesen televisyen untuk orang Melayu.. TV9 dekat di hati.
Sekian bicara tentang hati.
semoga saudara senang hati membaca bicara ini.
Assalamualaikum.

Wednesday, September 10, 2008
1191429

Assalamulaikum...
11 Ramadan kini.
Bermakna 11 hari sudah umat Islam Malaysia berpuasa.
Ada yang sudah mula menghitung detik Berhari Raya. Tidak kurang yang menghitung wang di saku. Saya tidak terkecuali.
Ternyata bulan mulia ini bulan menguji kesabaran. Mengawal nafsu memang sukar. Lebih lebih nafsu amarah.
Banyak kali juga kesabaran ini diuji. Dengan karenah dan keceluparan manusia. Namun sabar itu payah tapi indah di sisi Allah. Maka saya maafkan.
Alhamdulillah Ramadan ini setakat ini mendekatkan lagi diri saya dangan apa yang dicari. Jiwa lebih tenang. Hati lebih terang.
Bagi yang ingin lagi dekat dengan al Khuluq - Ramadan bulan ibadah. Banyakkan zikir dan bacaan al Quran di masa senggang. Selain kurangkan prasangka. Yang lain serahkan kepada Yang Maha Adil.
Kita sekadar berbicara.
nazimcafe
( tersentuh dengar lagu Man Bai )
Monday, September 1, 2008
Alhamdulillah... akhirnya sempurna

Assalamualaikum...
Agak lama tidak dikemaskini blog ini. Bukan sudah bosan tapi kesibukan tugas sedikit sebanyak mengalih tumpuan untuk berbicara lanjut tentang kita. Sekarang Baru ada kesempatan. Alhmdulillah... syukur.
Alhamdulillah akhirnya sempurna 1 Ramadhan. Lapar dahaga mampu ditahan. Mulut mengunci nista dan umpatan. Telinga dipekakkan daripada mendengar tohmahan dan kejian. Mata dihijab dari maksiat dan kejelikkan. Nilai puasa biar Allah tentukan. Alhamdulllah.. syukur.
10 Ramadan di tempat orang. Rasa rindu berbuka dan sahur bersama keluarga tetap ada. Ingat lagi sewaktu mula belajar puasa. Letih bukan kepalang. Perut bergendang pelbagai rentak. Tak larat sekerat hari pun jadilah kata mak. Alhamdulillah... syukur.
10 Ramadan di tempat orang. Masakan ibu paling dirindu. biar tidak semewah mana. Tapi cukup untuk semua. Selesai makan terasa syukurnya. Baru sedar nikmat berkeluarga. Alhamdullah... syukur.
10 Ramadan di tempat orang. Tak terbanding tempat sendiri. Serba serbi kena beli. Nak lebih belanja pun lebih. Kadang kadang melebih lebih. Tengah bulan gigit jari. Nasib baik ada masjid. Dapat makan free. Alhamdulillah... syukur.
10 Ramadan di tempat orang. Zaman belajar paling dirindu. Tidur sampai tak bangun sahur. Nak pergi kelas pun rasa tak mahu. Waktu berbuka masjid diserbu. Maklumlah makan minum ada di situ. Alhamdulillah... syukur.
10 Ramadan di tempat orang. Terasa diri kurang bersyukur. Bertuahnya kita di bumi Malaysia.
Menghayati puasa penuh nikmat. Makanan ada sana sini. Dari tepi jalan ke hotel -hotel. Dari buffet ke ala carte. Dari resepi timur ke citarasa barat. Alhamdulillah... syukur.
Menghayati puasa penuh nikmat. Makanan ada sana sini. Dari tepi jalan ke hotel -hotel. Dari buffet ke ala carte. Dari resepi timur ke citarasa barat. Alhamdulillah... syukur.
10 Ramadan di tempat orang. Esok masuk hari kedua. Moga Allah kekalkan iman. Binakan kekuatan. Jauhkan kejahilan. Hilangkan kekusutan. Tambahkan kekhusyukkan. Mudahkan jalan. Lupakan kebencian. Suburkan ketakwaan. Kerna peluang bertemu Ramadan satu hikmah... Alhamdulillah syukur.
wassalam
nazimcafe
Wednesday, August 27, 2008
secangkir kopi.

Assalamualaikum..
Kusangka panas hingga ke petang... rupanya hujan di tengahari.
Bukan pepatah tapi realiti hari ini. Sepatutnya ke pejabat untuk selesaikan satu dua perkara tetapi batal kerana hujan lebat. Maklumlah masih beroda dua.
Dalam kebosanan sendiri di rumah - ditambah servis astro yang masih lagi mengecewakan , Internet jadi alternatif.
Rata rata portal berita web fokus kepada pilihanraya kecil Permatang Pauh semalam. Pemenang sudah diketahui. Tinggal lagi menunggu angkat sumpah jawatan di Parlimen.
Ketepikan soal politik. Kita BICARA TENTANG KITA. Semalam usai sudah saya membaca nskhah Nama Beta Sultan Alauddin karya Faisal Tehrani - penulis yang saya kenali karyanya menerusi syor adik.
Naskhah ini ringkas 147 halaman keseluruhan. Bahasanya mudah dan penceritaannya straight forward. Memang sasaran naskhah ini untuk remaja. Namun yang diperoleh darinya cukup bermanfaat.
Sultan kedua terakhir Melaka ini laksana Umar al Khattab dan Umar ibn Abd Aziz karekternya.
Islam bukan sekadar anutan malah sebagai cara hidup. Pemerintahannya tegas, rakyat keutamaannya.
Sanggup menyamar di malam hari mendekati sensara rakyat.
Sebagai kanak kanak empunya nama sebenar Raja Hussin ini dicemburui dan nyaris mangkat ditangan saudara tiri sendiri.
Diusia remaja baginda dikenali kerana kebijaksanaan dan kecekalan mendalami ilmu.
Dan sebagai Sultan - Hukum Islam jadi panduan. Bagi baginda Islam dan adat khurafat bak minyak dan air.
Disebalik kemasyhurnnya tetap ada yang dengki dan iri hati. Kuasa dan pengaruhnya dipertikai saudara sendiri. Sehingga baginda diracun.
Begitulah secara ringkas keperibadian Sultan Alaudin ini. Hidupnya menegakkan yang hak. Matinya syahid. Insya Allah.
Naskhah ini saya beli di KINOKUNIYA KLCC dengan hargaRM 13.50
Saya kini sudah mula membaca lembaran lembaran awal sebuah lagi karya Faisal Tehrani - Tuhan Manusia. Naskhah yang saya rasakan cukup menarik.
Hujan masih belum reda - secangkir kopi pemanas badan.
Assalamualaikum.
nazimcafe
Sunday, August 24, 2008
Bicara Lima dalam Satu

Assalamualaikum Malaysia
Lima dalam satu. Lima peristiwa penting dalam seminggu di tanahairku Malaysia.
Lima peristiwa penting buat Islam, bangsa dan negara.
Esok 26 Ogos pilihanraya kecil Permatang Pauh. Pertembungan tiga penjuru antara tiga pemimpin Islam / Melayu. Diharap berlangsung dalam suasana harmoni tanpa keganasan.
Apa jua keputusan pasti satu kejutan. Namun biarlah diterima dengan redha tanpa ada amarah.27 Ogos Ahli Parlimen baru Permatang Pauh dijangka mengangkat sumpah. Istiadat yang bakal menyaksikan samada berlaku pertambahan tempat pembangkang atau kerusi kerajaan di parlimen.
Selang dua hari berikutnya - juga di Parlimen Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bakal membentangkan BAJET 2009. Samada baik untuk rakyat atau sebaliknya sama sama kita tunggu, lihat dan dengar.
Penghujung Ogos - tanggal 31 haribulan Ulangtahun Kemerdekaan Negaraku yang ke 51. Sematang usianya malang sambutannya malap. Kadang kala mengingatkan kita semakin tua usia kita semakin mudah kita dilupakan.
Sedingin sambutan kemerekaan kali ini barangkali sedingin itu jua kita melupakan jasa pejuang kemerdekaan juga pemimpin yang banyak berjasa mengisi kemerdekaan satu hari nanti.
Dan terbenamnya matahari Syaaban bermakna bermulalah bulan keampunan, keberkatan dan kemuliaan Ramadhan. Serentak dengan permulaan September, mudah bagi kita mengingati bilangan puasa nanti. Harap jangan ada yang terleka.
Insya Allah tiada aral hadith berkaitan Ramdhan akan saya pamerkan di ruangan ini.
SECANGKIR LAGI BICARA BUAT KITA.... Tingkatkan ibadah... jauhi musibah demi agama Islam, bangsa Melayu dan Malaysia.
MERDEKA....
nazimcafe
Saturday, August 23, 2008
Jubli Perak Konvokesyen UIA

Alhamdulillah
Berkesempatan ke Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) siang tadi mengimbau kembali kenangan sewaktu bergelar mahasiswa satu ketika dahulu.
Banyak memori yang terpahat di sini. Lebih lebih lagi ketika melalui landmarknya yang hingga kini kekal dipanggil tangga besar.
Melihat suasana konvokesyen kali ini jauh benar berubah. Tiada lagi songkok dengan lilitan logo UIA - identiti UIA sejak konvokesyen pertama dulu.
Warna jubahnya pun berubah - juga kualiti.
Tapi itu perkara kecil - kegembiraan tetap ada. Wajah wajah ceria menyambut hari kejayaan tetap kelihatan. Riak wajah ibu bapa paling menyentuh perasaan. Maklumlah penat lelah melabur wang untuk pendidikan anak anak terbalas.
Mungkin majlis sebegini hanya dirasa sekali seumur hidup. Mungkin ini peluang terakhir bertemu rakan rakan sebelum melayari bahtera hidup masing masing. Seperti yang saya lalui sekarang.
Secangkir bicara tentang kita - biar masa berubah kenangan lalu jangan dilupa. Sejrah mengajar kita untuk lebih dewasa.
Buat juliana, izyan, alin, syuk, nai, lion, nisa' rudy dan rakan rakan yang lain tahniah. Anda sememangnya berhak untuk bergembira
Abadikanlah Kenangan Terindah
*gambar akan menyusul
nazimcafe
Sesuatu yang ter..tangguh

Bismillahrirrahmanirrahim...
Bicara orang kita - Bertangguh Itu Pencuri Masa.
Hakikat yang diperakui sendiri Allah SWT dalam kitab suci Al-Quran Al-Karim menerusi Surah Al 'Asr yang menggambarkan betapa ruginya insan yang gagal memanfaat masa dengan melakukan kebaikan.
Mewujudkan blog ini sesuatu yang tertangguh sejak sekian lama. maklumlah bak bicara orang kita - Masa itu Emas.
Masa dan emas memang tidak pernah mencukupi kecuali bagi yang bijak dan bersyukur.
Lantaran itu marilah kita bersama mencari kebaikan di dunia ini sebelum sehari di dunia ini menjadi satu per-seribu hari di akhirat nanti.
Alhamdulillah setelah begitu lama hasrat merealisasikan blog ini tertanguh akhirnya post pertama dapat jua dikongsi. Bi-iznillah...
sementara ada masa terluang di ruang ini SECANGKIR BICARA TENTANG KITA ingin dikongsi.
-Wallahua'lam-
nazimcafe
Subscribe to:
Posts (Atom)