Wednesday, October 15, 2008

Lawak Antarabangsa


Namaste Malaysia

JASIN: MIC negeri meminta semua pihak tidak mempertikaikan penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kepada aktor Bollywood, Shah Rukh Khan kerana ia usaha kerajaan negeri menarik pelabur dan pelancong ke negeri ini.

Pengerusinya, Datuk R Raghavan, berkata pelakon popular itu dilihat sebagai salah seorang pelabur berjaya dengan nilai pelaburan berbilion ringgit di beberapa negara, khususnya sekitar India. Katanya, langkah itu dijangka memberi kebaikan kepada ekonomi negeri ini, sekali gus dapat meningkatkan taraf hidup rakyat keseluruhannya.

“Penganugerahan itu bertujuan memperkenalkan Melaka khususnya kepada penduduk di India, apatah lagi Shah Rukh seorang artis terkenal berpengaruh di negara terbabit.

sumber:
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=35911

Hahaha... oops terlebih sudah...

Mari kita bicara isu ini.

Setuju atau tidak bagi saya ini berita paling lucu sepanjang 51 tahun merdeka.

Saya kira Nabil pun tidak pernah terfikir lawak sedemikian.

Malah kalau cicak di siling pun oleh jatuh ke lantai kerana pegang perut menahan gelak.

Okay back to serious discussion.

Dalam banyak banyak seniman tanahair King of Bollywood yang dapat gelaran Datuk. Saya rasa SRK sendiri terpinga pinga. How come? my kids still underage (barangkali SRK refer kamus cari perkataan datuk).

Saya kira penangan SRK di Malaysia memang hebat. Dari rakyat biasa hingga ke pemimpin meminati si Rahul ini. Tun Mahathir pun minat. Anwar Ibrahim pun sama. Tapi Khalil Yaakub dan Daim minatnya lebih sikit barangkali.

Kurnia darjah kebesaran kepada SRK kurang munasabah. Jika menarik pelabur dijadikn alasan. Pasti ramai lagi yang lebih layak.

Jika tindakan SRK melakukan penggambaran di Malaysia alasannya. Jackie Chan terlebih dahulu melakukannya. Termasuk mempromosi Monsoon Cup di Terengganu.

Bagaimana dengan Chow Yunn Fatt dan Jodie Foster menerusi Anna an the King. Begitu juga Sir Sean Connery dan Cathrine Zeta Jones yang mempromosi Malaysia dalam Entrapment. Bagaimana pula penerbit National Geographic, Survivor dan The Amazing Race Asia.


Sir Alex Furgeson, David Beckham, Michael Schumacher juga berjaya menarik tumpuan ke Malaysia.

Ya mustahil untuk memenuhi tuntutan itu. Tapi saya simpati penggiat seni tempatan tak kira apa bangsanya. Layanlah seadil mungkin. Janganlah murahkan sangat nilai darjah kebesaran tu. Dan paling menyinggungkan mengapa perlu ada sesi khas buat SRK.
Persatuan Seniman nyata terkilan. Bukan salah SRK peminatnya di mana mana. Memang aktor ini bisa mencetus "mania" sampaikan peminat sanggup berhabis buat si hero pujaan.
Bicaralah bersama.
-nazimcafe-
*teringat penyanyi Jepun Sandy Suzuki yang pernah melahirkan album Melayu satu ketika dulu.



No comments: